©RUMAHINJECTSSH.BLOGSPOT.COM|
Hi Korang,
Nak baca ni time hujung-hujung minggu ni ek..
Sewaktu tempoh kehamilan, wanita akan mengalami perubahan yang menakjubkan pada badan mereka. Selain perubahan fizikal, mereka juga akan menghadapi perubahan dari segi emosi sepanjang perjalanan tersebut.
Perubahan fizikal yang paling ketara semasa kehamilan melibatkan perubahan kulit. Pigmentasi, jerawat dan regangan kulit kesan kehamilan adalah masalah yang paling biasa dialami oleh wanita hamil. Selain menjejaskan penampilan, perubahan kulit ini berpotensi untuk menggugat keyakinan diri mereka.
Dianggarkan seramai 75% wanita akan mengalami masalah kulit tidak sekata seperti pigmentasi atau melasma disebabkan perubahan hormon semasa hamil. Penghasilan melanin yang meningkat boleh menyebabkan pembentukan tompok-tompok hitam pada muka terutamanya di bahagian atas bibir, hidung, pipi dan dahi.
Selain pigmentasi, jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang juga kerap dialami oleh wanita hamil. Sewaktu hamil, sesetengah wanita mungkin tampak lebih cantik dan “berseri”, namun ada wanita yang mengalami penghasilan sebum berlebihan pada kulit disebabkan perubahan hormon, yang seterusnya mengundang pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kemerahan dan kulit radang serta parut yang mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Walaupun masalah melasma dan jerawat hanya sementara dan akan hilang selepas bersalin, tona kulit yang tidak sekata dan parut yang mencacatkan penampilan boleh menggugat keyakinan wanita semasa hamil.
Menurut statistik, hampir 90% wanita hamil akan mengalami kesan regangan kulit (stretch marks atau striae gravidarum). Ia lazimnya bermula pada trimester kedua kehamilan dan berlaku disebabkan saiz badan yang membesar lebih cepat berbanding dengan keupayaan kulit untuk turut sama mengembang. Kulit yang meregang akan terasa kering, gatal, tidak selesa serta meninggalkan kesan parut yang boleh dilihat dengan ketara sehingga beberapa tahun selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, tidak hairanlah jika kesan regangan berada di tempat ke-8 daripada 10 masalah kulit yang paling dibimbangi wanita.
Usah bimbang kerana Bio-Oil dihasilkan khusus bagi membantu memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan keyakinan wanita hamil. Selain dipercayai oleh ribuan ibu-ibu hamil di seluruh dunia, ia telah terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu mengatasi melasma, regangan kulit kesan kehamilan dan parut lama dan baharu. Ia dikenali ramai sebagai produk parut dan regangan kulit No.1 paling laris dijual di 23 buah negara termasuk Malaysia.
Bio-Oil dirumus daripada ekstrak tumbuhan seperti minyak kamomil, lavender, rosemary, kalendula serta vitamin A dan E dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit. Ia bersifat hipoalergenik dan tidak menyebabkan jerawat, malah ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Kajian menunjukkan bahawa 86% subjek melaporkan tona kulit yang lebih sekata selepas penggunaan Bio-Oil selama dua belas minggu; 90% subjek melaporkan parut jerawat semakin pudar selepas penggunaan selama sepuluh minggu; dan 100% subjek melaporkan pengurangan kesan regangan kulit selepas lapan minggu.
Walaupun hasil yang dapat dilihat mungkin berbeza mengikut individu, anda disyorkan supaya menyapu Bio-Oil pada kawasan terbabit dua kali sehari selama sekurang-kurangnya tiga bulan untuk melihat kesan yang lebih memuaskan. Bagi membantu mengurangkan pembentukan regangan kulit kesan kehamilan, anda juga digalakkan supaya menggunakan Bio-Oil dari awal trimester kedua kehamilan agar kulit sentiasa terhidrat dan anjal.
Bio-Oil boleh didapati di farmasi-farmasi di seluruh negara dan dijual pada harga
RM34.95 (60ml)
RM58.25 (125ml)
RM79.45 (200ml)
Ok faham tak?
Ermm bagusssss.....
Postingan ini BIO-OIL, Produk Penjagaan Kulit Untuk Ibu-Ibu Hamil dari noreply@blogger.com (CikLily Putih) tampil pertama dan lebih gokil di blog Rumahinject Pada Waktu November 19, 2016
[success title="Artikel RUMAHINJECTSSH Lainnya" icon="check-circle"] Artikel Pintar
Artikel Islam
Artikel Militer A - Militer B
Artikel Tentang Makanan
Artikel Tentang Berita
Artikel Pendidikan
Artikel SELINGAN
ARTIKEL MODUL
ARTIKEL GOKIL
[/success]
[fquote] Sebenerya saya sungguh kagum dengan para ibu ibu atau bapak bapak yang menulis resep resep ini, apalagi kalau sampai blognya sudah dari sejak lama dan sungguh mengambarkan passion yang tinggi dalam bidang kuliner, mungkin apa yang saya tampilkan disini tidaklah hanya sebuah artikel bayangan, tapi saya pastikan bahwa isi artikel akan selalu mempunyai backlink ke artikel asli, Terima kasih para bunda bunda atau bapak bapak khususnya dari artikel ini noreply@blogger.com (CikLily Putih) - http://www.ciklilyputih.com/2016/11/bio-oil-produk-penjagaan-kulit-untuk.html - BIO-OIL, Produk Penjagaan Kulit Untuk Ibu-Ibu Hamil yang sudah mengajari para pembaca lainnya ini untuk memulai masak sendiri, dan yang lebih penting adalah terima kasih atas motivasi para ibu atau keluarga lainnya untuk dapat membuat dan memulai bisnis kuliner mereka sendiri - Posting ini dipublish pada November 19, 2016 [/fquote]
0 Comment to "BIO-OIL, Produk Penjagaan Kulit Untuk Ibu-Ibu Hamil|Lilipan"
Post a Comment